Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 25 November 2010

burger makanan kegemaran dr budak2 lagi..:)

Hamburger (juga dipanggil burger) adalah sejenis hidangan sandwic yang terdiri daripada daging burger (diperbuat daripada daging kisar) yang dimasak sama ada digoreng, dikukus, dipanggang atau disalai, serta selalunya dihidangkan dengan pelbagai inti atau "topping" di dalam roti burger yang dibelah dua. Selalunya daging burger diperbuat daripada daging lembu, melainkan jika dinyatakan sebaliknya[1].
Hamburger juga merujuk kepada daging burger yang dimasak itu sendiri[2]. Perkataan hamburger berasal daripada bandar bernama Hamburg.
Burger Ramly merupakan produk bumiputera milik Ramly bin Mokni yang telah menjadi salah satu makanan segera yang popular di Malaysia. Burger Ramly lebih mudah didapati gerai makanan ditepi jalan dan restoran. Kemudiannya, Burger Ramly telah menular ke Singapura dan menjadi makanan segera yang popular dikalangan penduduk Singapura.

Untuk memasak burger Ramly, tidak begitu sukar, cuma yang diperlukan ialah kuali atau plet leper, penekan daging burger, dapur, gas masakan, ban burger dan daging burger. Untuk rencah atau isi-isinya pula ialah timun dan kobis. Untuk bahan perisanya, biasa digunakan ialah sos Worcester (wu-ches-ter) atau juga dikenali sebagai kicap burger dikalangan orang Malaysia. Sebagai sos tambahan pula ialah mayonis, sos tomato, sos cili ataupun sos barbeku.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan