Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 25 November 2010

murtabak makanan wajib cari time ramadhan!!!;)


Martabak ialah sejenis makanan yang ada dijual di Malaysia, terutama popular di Johor. Martabak ada dua jenis iaitu martabak ayam dan daging. Di Indonesia, martabak disebut sebagai martabak telur.
Di Kelantan terdapat hidangan martabak istimewa yang tebal dan mempunyai banyak inti yang dikenali sebagai Martabak Raja. Ia terkenal diseluruh Malaysia.
Martabak ini merupakan martabak yang dihidangkan kepada keluarga DiRaja Kelantan ketika 1950-an, tetapi kini ia dijual kepada umum. Martabak ini terdiri daripada tiga lapisan segi empat sama dengan inti daging atau ayam.

Bagi saya murtabak adalah makanan yang wajib saya cari time bulan ramadhan..hehehe

coklat..teman dikala stress..

Coklat adalah nama sebuah makanan yang diolah dari biji koko.
Coklat umumnya diberikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa. Dengan bentuk, corak, dan rasa yang unik, coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati, atau prihatin hingga ke pernyataan cinta. Dari dahulu, coklat bukan bermula sebagai makanan (kecil), tetapi minuman dengan rasa yang istimewa.
Coklat dihasilkan dari koko (Theobroma cacao) yang mula-mula tumbuh di daerah Amazon utara melunjur ke Amerika Tengah yang berkemungkinan hingga ke Chiapas, bahagian paling selatan Mexico. Orang-orang Olmec memanfaatkan pokok tersebut dan, mungkin juga, membuat “coklat” di sepanjang pantai teluk di selatan Mexico sekitar 1000 tahun SM. Peradaban pertama yang mendiami daerah Meso-Amerika itu mula mengenal pokok “kakawa” yang buahnya digunakan sebagai minuman.
Tidak menggemukkan
Rasa coklat masih sukar diertikan. Dalam buku Emperors of Chocolate, Joel Glenn Brenner menggambarkan rahsia terkini tentang rasanya. Rasa coklat dibentuk dari campuran 1,200 jenis zat, tanpa satu rasa yang dominan. Malah, sebahagian dari zat itu pun rasanya sangat tidak sedap sekiranya. Disebabkan itu, sehingga sekarang masih tiada coklat tiruan.
Antara zat-zat penghasil rasa coklat terdapat lemak. Takat lebur lemak koko ini hanya sedikit bawah suhu normal tubuh manusia. Jika sepotong coklat dimakan, lemak itu cair di dalam mulut. Cairnya lemak koko menimbulkan rasa lembut di mulut. Lemak koko tidak langsung diserap tubuh kerana bukan dari jenis yang menggemukkan tubuh.
Walaupun tak dapat digantikan, pemalsuan sering dilakukan. Koko adalah bahan yang mahal, apatah lagi dibandingkan dengan gula atau minyak nabati. Maka, tidak hairan kalau dapur konvension terpaksa memilih kedua-dua bahan ini untuk menggantikan koko. Disebabkan itu, tidak banyak coklat di pasar “coklat”.
Lemak koko sering digantikan dengan minyak yang lebih murah, seperti lesitin atau minyak kelapa sawit. Selain soal harga, dengan kedua-dua bahan ini, pelapisan coklat menjadi lebih mudah. Perbandingan koko pejal, komponen tidak berlemak pada biji yang digiling juga cenderung rendah. Dalam bar coklat, misalnya, sekitar 20% gula-gula itu diisi coklat.
Coklat premium, di sisi lain, biasanya mengandung sekitar 50 - 70% coklat padat. Disebabkan coklat mengandung lebih gula dan mungkin juga sedikit minyak nabati, coklat pekat ini mengandung lebih sedikit kalori dari produk coklat pada umumnya. Maka, apabila para pennggemar coklat sering “protes” gara-gara coklat disalahkan untuk masalah yang sebenarnya disebabkan oleh penggunaan gula berlebihan.

burger makanan kegemaran dr budak2 lagi..:)

Hamburger (juga dipanggil burger) adalah sejenis hidangan sandwic yang terdiri daripada daging burger (diperbuat daripada daging kisar) yang dimasak sama ada digoreng, dikukus, dipanggang atau disalai, serta selalunya dihidangkan dengan pelbagai inti atau "topping" di dalam roti burger yang dibelah dua. Selalunya daging burger diperbuat daripada daging lembu, melainkan jika dinyatakan sebaliknya[1].
Hamburger juga merujuk kepada daging burger yang dimasak itu sendiri[2]. Perkataan hamburger berasal daripada bandar bernama Hamburg.
Burger Ramly merupakan produk bumiputera milik Ramly bin Mokni yang telah menjadi salah satu makanan segera yang popular di Malaysia. Burger Ramly lebih mudah didapati gerai makanan ditepi jalan dan restoran. Kemudiannya, Burger Ramly telah menular ke Singapura dan menjadi makanan segera yang popular dikalangan penduduk Singapura.

Untuk memasak burger Ramly, tidak begitu sukar, cuma yang diperlukan ialah kuali atau plet leper, penekan daging burger, dapur, gas masakan, ban burger dan daging burger. Untuk rencah atau isi-isinya pula ialah timun dan kobis. Untuk bahan perisanya, biasa digunakan ialah sos Worcester (wu-ches-ter) atau juga dikenali sebagai kicap burger dikalangan orang Malaysia. Sebagai sos tambahan pula ialah mayonis, sos tomato, sos cili ataupun sos barbeku.


stik..hope dream come true

Stik

 
 
Stik dihidangkan dengan mentega dan cendawan.
Dua stik rusuk yang dipanggang.
Stik (sebutannya stek) adalah sepotong besar daging, biasanya daging lembu. Daging merah, dada ayam dan ikan seringkali dipotong menjadi stik. Kebanyakan stik dipotong menegak lurus dengan serat otot. Stik biasanya dimasak dengan cara dipanggang, walaupun masih boleh digoreng.
Sebuah restoran yang membuat pengkhususan stik biasanya dikenali sebagai "rumah stik".Kadar masakan
Jumlah waktu masakan stik tergantung individu yang meminta; masakan yang lebih cepat menghasilkan daging yang lebih lembut, dan berair, dan masakan yang lebih lama mengurangkan kesan darah dan juga mengurangkan masalah tentang penyakit. Beberapa perkataan telah diwujudkan untuk menggambarkan bagaimana stik dimasak. Dalam urutan dari mentah hingga masak:
  • Mentah - Belum dimasak. Stik tidak dimakan atau dipesan dalam bentuk ini, kecuali dalam makanan khusus, seperti stik tartar.
  • Sangat jarang - Dimasak sangat cepat; luarnya terbakar, namun bahagian dalam tidak dimasak, hanya dihangatkan. Stik akan berwarna merah di bahagian dalam.
  • Jarang - Luarnya kelabu keperangan, dan bahagian tengah berwarna merah dan bahagian antara luar dan tengah berwarna merah muda.
  • Sederhana jarang - Luarnya berwarna kelabu keperangan, bahagiannya berwarna merak muda yang hampir keperangan seperti luar. Jika tidak dinyatakan sesuatu, tukang masak sering memasak hingga ke tahap ini.
  • Sederhana - Bahagian dalamnya merah muda yang hampir kepada kelabu keperangan. Bahagian luarnya kelabu keperangan.
  • Sangat sederhana - Dagingnya hampir keseluruhan kelabu keperangan dengan sedikit kemerahan di tengahnya. Airnya telah dikurangkan pada tahap ini.
  • Masak - Dagingnya kelabu keperangan buat keseluruhan. Kelembutan dan airnya dikurangkan dan daging agak kering dan liat.
p/s: nk rase stik yg hebat datang la ke victoria station...peace;p

Rabu, 24 November 2010

keropok lekor..kegemaran semua:)


Keropok lekor

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Kerepok lekor yang baru direbus.
Keropok lekor atau kerepok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepong kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.
Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.
Keropok lekor boleh dimakan segar sabaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor kebeberapa negeri lain.
Keropok lekor biasanya tidak tahan lama. Bagaimanapun, sekiranya hendak disimpan dengan lebih lama, keropok lekor hendaklah dibalut dengan plastik dan diletakkan ditempat air batu bagi mengelakkan baunya mencemar makanan lain. Apabila hendak dimakan, ia perlu dibasuh dan direbus semula dengan air yang dicampurkan sedikit garam, sekiranya tidak keropok berasa tawar.
Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup. Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk. Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng.
Keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih lanjut untuk dijadikan keropok keping. Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping. Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos cili.

Isi kandungan

[sorok]

[sunting] Gambar

pisang goreng..enakkk

Pisang goreng

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Menggoreng pisang.
Pisang Goreng merupakan makanan ringan jenis Goreng celup tepung yang popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura. Ia dimakan pada waktu pagi, dan petang biasanya dihidang panas-panas.[1] Ia sering dijual oleh penjaja jalanan[2].
Pisang biasanya dicelup dalam adunan cair kunyit, dan tepung sebelum digoreng dalam minyak. Kini terdapat pisang goreng yang dihidangkan bersama keju, jam dan cokelat. Sesetengah orang mendakwa ini bagi menigkatkan imej makanan sebagai makanan tradisional bagi mereka yang berpendapatan rendah.
Pisang Raja merupakan jenis pisang yang popular bagi di jadikan pisang goreng.
Pisang goreng juga merupakan kiasan yang bererti sesuatu yang mendapat permintaan ramai. [3]

roti canai 1 malaysia

Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.
Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika keVariasi
  • Roti Telur, dicampurkan dengan telur selepas doh roti ditebarkan.
  • Roti Sardin, dicampurkan dengan sardin dalam tin bersama sos tomato dan diletak bawang yang didadukan.
  • Roti Telur Bawang, dicampurkan dengan telur bersama penggunaan bawang merah yang banyak.
  • Roti Pisang, dicampurkan dengan pisang yang telah dilenyek.
  • Roti Bom juga dipanggil roti boom, jenis roti canai yang dibuat bentuknya kecil dan lebih tebal dari roti canai. Adunan doh dan cara penebaran dan canai, adalah sama dengan roti canai.
  • Roti Planta, dicampurkan dengan marjerin yang banyak. Penggunaan nama Planta dibelakang kerana ia adalah satu jenama marjerin yang popular di Malaysia, kerana penggunaanya oleh orang Malaysia.
  • Roti Petak, atau roti canai sebenarnya, penggunaan nama ini bukan secara umum, penggunaan ini digunakan segelintir oleh orang Malaysia kerana mahu roti canai yang baru dibuat dan dimasak. Kebanyakkan roti canai(berbentuk bulat), telah siap dimasak awal-awal dan akan dipanaskan semula bila dipesan.
  • Roti Banjir, adalah roti canai yang telah dipotong kecil-kecil, dan dicampurkan kuah dal atau kuah kari yang banyak. Sambal akan diletak sedikit
  • banjiran orang India di Malaysia.
Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.